| Jabatan Kerja Raya [JKR] Manjung adalah sebuah jabatan teknikal di Negeri Perak. Ditubuhkan pada tahun 1945 sehingga kini menjadi sebuah agensi pelaksana projek-projek pembangunan prasarana dan kemudahan awam untuk Kerajaan Negeri dan Persekutuan. |
|
Untuk merealisasikan hasrat kerajaan untuk pembangunan kepada rakyat negeri Perak khasnya, jabatan ini dipimpin oleh Haji Amran Bin Mohd Nor sebagai Jurutera Daerah dan Haji Nor Nasarudin Bin Lebai Isa sebagai Ketua Penolong Jurutera Daerah. JKR Manjung kini mempunyai 120 Pegawai dan Kakitangan dari Kumpulan Pengurusan Professional dan Sokongan dari seluruh pelusuk negeri Perak. |
![]() |
|
Selain dari Pengurusan Projek Pembangunan, JKR Manjung juga memberikan perkhidmatan menyenggara kemudahan awam seperti jalanraya, bangunan-bangunan kerajaan dan jambatan. JKR Manjung juga memberikan khidmat nasihat teknikal kepada jabatan-jabatan serta agensi kerajaan lain yang memerlukannya dari semasa ke semasa.
|






















